Perancangan dan Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa PPD Kedah

Product Code: 9789674122133
Availability: In Stock
Price:
RM40.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-213-3
  • 350 halaman (kulit lembut)
  • Rosmin Talib & Katiman Rostam

Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) di Malaysia seharusnya tidak banyak berperanan untuk
menyediakan perkhidmatan dan mengagihkan barangan keperluan asas, tetapi juga
membaurkan maklumat dan inovasi, mengumpul dan memasarkan produk keluaran
desa, menyelaras pembangunan desa, juga menawarkan peluang pekerjaan bukan
pertanian kepada penduduk. Bagaimanapun tidak semua petempatan pusat PPD di
negara ini mampu melaksanakan fungsi tersebut. Buku ini membuktikan bahawa hanya
pusat pertumbuhan desa yang mempunyai tingkat keterhubungan yang tinggi dengan
bandar dan koridor pembangunan serta berada dalam wilayah yang tinggi tingkat
keterbandarannya mampu berperanan sedemikian. Itupun masih terbatas kepada PPD
yang mempunyai organisasi keruangan dan kefungsian yang cekap seperti Sg. Korok
di Negeri Kedah. Manakala PPD yang terletak di pedalaman yang rendah tingkat
keterbandarannya terus gagal menarik pelabur walaupun telah mempunyai kelengkapan
struktur dan infrastruktur yang lengkap. Buku ini mengemukakan tema perancangan
dan pembangunan PPD sebagai petempatan pusat order rendah di Malaysia, mengupas
isu pembangunan kawasan luar bandar menggunakan strategi pusat pertumbuhan
desa. Sebagai pusat order rendah, pusat pertumbuhan desa sememangnya mempunyai
potensi untuk menyumbang kepada proses pembangunan luar bandar. Namun, proses
globalisasi ekonomi yang kian pesat telah memberi tekanan kepada kawasan luar bandar
termasuk pusat pertumbuhan desa.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: