Perlindungan Alam Sekitar: Inisiatif Global dan Penglibatan Tempatan

Product Code: 978-967-412-190-7
Availability: In Stock
Price:
RM25.00

This product has a minimum quantity of 100

Qty: - +
   - OR -   
This product has a minimum quantity of 100
  • ISBN 978-967-412-190-7
  • 112 halaman (kulit lembut)
  • Muhammad Rizal Razman, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md Jahi, Abdul Hadi Harman Shah, Ahmad Fariz Mohamed & Shaharudin Idrus


Buku Perlindungan Alam Sekita: Inisiatif Global dan Penglibatan Tempatan adalah
suatu wacana langkah Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala (MEAs – Multilateral
Environmental Agreements) menerusi pengalaman Malaysia dalam proses rundingan
semasa pembentukan dan penerimaan MEAs seperti contoh, Protokol Montreal.
Persetujuan tersebut sudah pun dicapai di peringkat antarabangsa. Sebagai isu global
dan serantau, MEAs adalah relevan apabila kegiatan dan tindakan seterusnya dibincang
untuk mendapatkan persetujuan dalam kalangan pihak berkepentingan dalam negara
supaya mereka boleh menggerakkan perkara yang sudah dipersetujui itu dalam kegiatan
sehariannya. Persetujuan yang tercapai dan tindakan susulan yang diambil akan
membantu usaha semua pihak merealisasikan pembangunan mampan di Malaysia.
Buku ini cuba untuk memberikan sumbangannya dengan meneliti bagaimana proses
rundingan pembentukan dan penerimaan sesuatu MEAs boleh mewujudkan kerjasama
kesepakatan dengan berdasarkan kepada isu pokok dalam Protokol Montreal dari
pengalaman Malaysia di pentas global. Walaupun buku ini memberi tumpuan kepada
proses rundingan awal dalam kerjasama alam sekitar antarabangsa semasa pembentukan
dan penerimaan Protokol Montreal, ia sedikit sebanyak mewakili gambaran keseluruhan
proses rundingan dalam kerjasama alam sekitar antarabangsa terhadap MEAs.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: