Undang-Undang Pengguna dan Keadilan Sosial.

Product Code: 9789674122959
Availability: In Stock
Price:
RM40.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN: 9789674122959
  • (kulit lembut). 274 halaman
  • Rahmah Ismail, Sakina Shaik Ahmad Yusoff & Shamsuddin Suhor (sunt.)

‚Äč

Undang-undang merupakan suatu instrumen untuk melindungi dan memperkasa kepentingan masyarakat. Dalam konteks perlindungan pengguna, matlamat undang-undang, antara lain adalah untuk memberikan keadilan sosial kepada pengguna.   Keadilan sosial merujuk pada idea untuk mewujudkan masyarakat atau institusi berdasarkan prinsip kesamaan dan perpaduan yang memahami dan menghargai hak serta maruah manusia. Teori keadilan sosial cuba untuk mengurangkan jurang perbezaan yang wujud daripada keadaan semula jadi kedudukan pengguna yang lemah berbanding industri. Buku ini yang merupakan sebuah projek penerbitan menggunakan dana projek penyelidikan (UKM-AP-CMNB-02-2010) memaparkan kaitan antara undang-undang penggunan dan keadilan sosial dalam aspek kontrak pengguna, keselamatan pengguna dalam penggunaan barang, persekitaran dan kebersihan tempat makan, kesihatan pengguna, pengurusan sisa pepejal, isu phishing dan kandungan asid lemak trans dalam biskut. Pad kesemua bab dalam buku ini mengaitkan dan menunjukkan bahawa undang-undang pengguna berperanan dalam mencapai keadilan sosial. Secara amnya, buku ini berfokus kepada perlindungan pengguna dlam aspek undang-undang kontrak, khususnya kontrak jualan barang dan perlindungan pengguna berhubung dengan keselamatan dan kesihatan.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: