Terengganu: dari Batu Bersurat hingga Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah

Product Code: 9789674124731
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674124731
  • (kulit lembut). 180 halaman
  • Siti Zalikhah Md Nor & Mohd Nasran Mohamad

Buku ini merakamkan perjalanan sejarah perundangan Islam di Negeri Terengganu. Perundangan Islam di Malaysia buat masa ini menuju kearah undang-undang bertulis. Tetapi di Negeri Terengganu agak unik kerana bermula dari Batu Bersurat Terengganu hingga ke Enekmen Jenayah Syariah telah terdapat beberapa undang-undang Islam bertulis. Tidak hairanlah jika keadaan sedemikian berlaku di Negeri Terengganu kerana kekuatan Islam yang bertunjangkan kesultanan dan para ulama’ merupakan suatu keadaan yang kondusif untuk terus melangkah maju. Buku ini sangat sesuai detelaah oleh para pelajar dan pengamal undang-undang. Walau bagaimanapun, perjalanan sejarah tersebut terhenti setakat tahun 2000-an sahaja. Terdapat tiga perkara yang menarik, iaitu di Terengganu telah terdapat Undang-undang Mahkamah yang berteraskan hukum syarak yang dibuat pada Zaman Sultan Zainal Abidin III. Malahan, Terengganu mempunyai Undang-undang Diri Negeri Terengganu yang mempunyai unsur-unsur Islam. Walau bagaimanapun, dalam kekalutan masyarakat mempertikaikan hukum hudud, Terengganu sedahpun mempunyai Enekmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas), walaupun perlaksanaannya tergantung, namun sekurang-kurangnya sudah berda dalam sejarah negeri tersebut. 

 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: