Makna Pemilikan dan Persempadanan Tanah Adat

Product Code: 9789674124694
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674124694
  • (kulit lembut). 127 halaman
  • Azima Abdul Manaf

‚Äč

Cabaran paling besar bagi sesebuah masyarakat adalah untuk mempertahankan hak pemilikan mereka terhadap tanah yang diperoleh daripada nenek moyangnya. Pertikaian pemilikan tanah adat secara jelasnya berpunca daripada tiga faktor utama, iaitu status, kesahihan pemilikan dan keluasan sebenar tanah yang dimiliki. Selain itu, pertikaian juga boleh berlaku apabila wujud anggapan dan interpretasi yang berbeza berkaiatan dengan pengesahan pemilikan. Hal ini desebabkan oleh cara penentuan pemilikan dan sempadan tanah yang lazimnya hanya difahami oleh sesebuah masyarakat sahaja. Sering kali konfllik yang menyentuh pemilikan dan persempadanan tanah akan dikaitkan dengan cara informasi pemilikan yang diterima pakai oleh pemilik tanah. Kaedah informasi mulut ke mulut antara generasi telah menjadi amalan dalam kalangan mereka bagi menentukan hak mereka terhadap tanah adat. Pelbagai statut mahupun akta kecil telah diwujudkan oleh kerajaan negeri dalam usaha menjaga hak pemilik tanah adat, tetapi usaha tersebut sering kali mewujudkan pertikaian demi pertikaian yang boleh mengancam kesejahteraan pemilik tanah adat. Jesteru, buku ini telah Berjaya menyingkap maklum balas pemilik tanah adat berhubung makna pemilikan tanah adat dalam kalangan mereka. Selain itu, isu yang menyentuh keperluan mempertahankan keberadaan tanah adat untuk generasi akan datang juga telah diberikan penekanan. Oleh itu, perhatian terhadap cara pemilik tanah adat mengidentifikasikan sempadan tanah mereka diperincikan dengan merungkai makna dan sebab musabab bagi memastikan keberadaan tanah milik mereka tidak luput ditelan arus pemodenan akibat pembangunan yang dahagakan tanah. 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: