Keselamatan Sosial Pekerja: Polisi dan Perundangan

Product Code: 9789674125240
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674125240
  • (kulit lembut). 194 halaman
  • Kamal Halili Hassan (sunt.)

‚Äč

Buku ini membincangkan aspek keselamatan sosial pekerja. Keselamatan sosial dalam konteks ini merujuk kepada perlindungan yang diberikan kepada pekerja ketika mereka menghadapi kecelakaan atau semasa persaraan. Keselamatan sosial pekerja semasa mengalami bencana kerja ialah faedah atau pampasan yang disediakan oleh PERKESO atau insurans/takaful. Keselamatan sosial juga meliputi jaminan simpanan wang di hari tua, usia persaraan minimum, perlindungan untuk orang kurang upaya, dan perlindungan keselamatan terhadap pekerja tempatan dan migran di tempat kerja sama ada akibat aktiviti atau keadaan atau bahan yang digunakan oleh pekerja. Isu jaminan simpanan wang di hari tua adalah penting disebabkan jumlah pekerja dan pesara yang semakin meningkat. Skim simpanan wang pencen atau seumpamanya adalah penting supaya warga tua tidak menjadi beban kepada keluarga dan negara. Perundangan negara telah menetapkan usia persaraan minimum kepada pekerja di sektor swasta supaya wujud pelarasan umur persaraan dalam kalangan pekerja sektor tersebut. Begitu juga pekerja kurang upaya yang perlu mendapat perlindungan undang-undang. Perundagan negara juga melindungi pekerja daripada penganiayaan di tempat kerja sama ada yang berkait dengan rasuah seksual atau seumpamanya. Hak-hak pekerja migran wanita dan remaja dilindungi dengan jelas oleh perundangan buruh di Malaysia. Buku ini juga membincangkan topik baharu iaitu kesan sisa nuklear dan sinaran (radiasi) ke atas pekerja. Buku ini sesuai untuk bacaan para pekerja, majikan, ahli akademik, pengamal undang-undang dan pelajar undang-undang buruh dan pengurusan sumber manusia. 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: