Pendaulat Amanah Negara: Kompilasi Teks Ucapan Naib Canselor (Jilid 1)

Product Code: 9789674122706
Availability: In Stock
Price:
RM20.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2014. ISBN 9789674122706
  • (kulit lembut). 80 halaman
  • Noor Azlan Ghazali

‘UKM perlu melahirkan graduan yang seimbang, menggabungkan kebijaksanaan akademik dan sains praktikal, watak dan profesionalisme dan mempunyai cengkaman yang kukuh ke atas nilai-nilai sosial penting memastikan rasa yang mendalam tentang manusia dan kesinambungan tamadun kita. Universiti ini juga akan menjadi pusat tumpuan membina identiti kebangsaan dan perpaduan yang teraskan Rukun Negara.’

Tun Abdul Razak Hussein

Canselor Pertama UKM

Ucapan Majlis Konvokesyen Pertama UKM di Dewan Bankuasi

Parlimen, Kuala Lumpur (23 Jun 1973)

‘UKM bukanlah bermaksud untuk melahirkan pegawai tadbir atau sebagainya tetapi melahirkan manusia yang mempunyai kesanggupan berfikir yang menggembleng secara sedar ilmunya dengan kehidupan masyarakat dan mempergunakan ilmu dan pengetahuan untuk perubahan masyarakat kepada kemajuan, kebaikan, ketinggian, keadilan dan kemakmuran. Malah diharapkan UKM melahirkan manusia patriotik yang pemikiran dan sikapnya menjadi peneroka zamannya.’

Tun Syed Nasir Ismail

Mantan Pro Canselor (1977 – 1982) dan Pengerusi Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan

‘Sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu selaku bahasa pengantar tunggal akan berkembang penuh apabila UKM berjaya menarik dan memberikan gred tinggi kepada kepakaran akademik dan profesional untuk para graduan bagi menggapai cita-cita Negara. UKM juga adalah pada melahirkan para pendidik pada semua peringkat persekolahan dan penerbitan buku-buku yang memenuhi keperluan sistem pendidikan kebangsaan bagi memenuhi proses penting dalam pembelajaran. Tugas menjadikan ia kenyataan akan berhasil apabila diberikan kepada mereka yang beriltizam tinggi untuk menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai terasnya.’

Prof. Dr. Atan Long

New Straits Times Annual ‘Malaysiana’ 1994

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: