Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan: Kompilasi Teks Ucapan Naib Canselor Jilid 2

Product Code: 9789674122232
Availability: In Stock
Price:
RM80.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2014. ISBN 9789674122232
  • 416 halaman (kulit keras)
  • Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

‚Äč

Teks Ucapan Naib Canselor ini adalah kpmpilasi teks ucapan dari pelbagai program sama ada program dalam mahupun luar UKM dari 2006 hingga 2013. Teks ucapan ini terbahagi dua kompilasi yang merangkumi aspek seperti, hal-ehwal akademik, hal-ehwal pelajar, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan pengurusan, jaminan kualiti, khidmat masyarakat serta jaringan strategi dan luar Negara. Kesemua bahagian teks ucapan disampaikan berdasarkan kerangka bahasa yang mengikut tema majlis yang dianjurkan dan diaplikasikan terhadap bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Unsur kiasan, pantun, peribahasa, dan jenaka diselitkan untuk menjadikan teks ucapan lebih menarik.    Melalui buku ini, pelajar dan masyarakat awam mendapat gambaran hakikat penggunaan bahasa yang berkesan di samping mempelajari kaedah penyampaian syarahan yang berfokus.   Apa yang dinukilkan dalam teks ucapan ini akan menjadi sumber penelitian kepada pengukuhan kemahiran dan pemahaman mengenai konteks pengucapan awam kea rah transformasi minda. Pada teks ucapan ini cukup jelas terpancar kebijaksanaan tinta gagasan penulisan yang berfalsafah mengajak pembaca kepada meneroka, merenungi dan mengasah revolusi minda bermatlamat di samping mewujudkan, menggambarkan dan melakukan kondisi diri yang hebat dan ke arah yang lebih positif. Teks ucapan ini juga menjadi legasi ke arah kepimpinan, kecemerlangan dan tautan kejayaan dengan pembangunan sahsiah serta moral pada teks ucapan yang disampaikan dalam bentuk dwibahasa dan laras bahasa formal yang mudah difahami mengikut rentak audiensnya yang sarat dengan ilmu dan gagasan pemikiran autokrasi Naib Canselor UKM yang cukup hebat.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: