Penyelidikan dan Inovasi Demi Kesejahteraan: Kompilasi Teks Ucapan Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Penyelidikan & Inovasi

Product Code: 9789674123635
Availability: In Stock
Price:
RM20.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2016. ISBN 9789674123635
  • (kulit lembut). 76 halaman
  • Mazlin Mokhtar

Buku kompilasi teks ucapan oleh Profesor Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi, UKM yang berjudul Penyelidikan dan Inovasi Demi Kesejahteraan: Kompilasi Teks Ucapan Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi, adalah julung kalinya diterbitkan khas pada tahun 2016. Buku ini mengumpulkan idea, perihalan, pencapaian dan cadangan pembaikan kepada pelbagai inisiatif bagus di UKM oleh pelbagai kumpulan penyelidik dari pelbagai Pusat Tanggungjawab UKM yang telah dan sedang menjalankan aktiviti penyelidikan, inovasi, pengkomersialan dan keusahawanan  serta jangkauan dengan pihak berkepentingan di luar lingkungan akademia. Ini sejajar dengan dasar negara dan kementerian juga yang diuar-uarkan oleh banyak agensi antarabangsa termasuk oleh organisasi berkaitan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Teks ucapan yang dipersembahkan juga sangat relevan kepada pelbagai pihak dan entiti yang sedang melaksanakan agenda pembangunan seimbang negara dan kawasan serantau termasuk Komuniti Ekonomi ASEAN dengan penduduk seramai lebih kurang 630 juta orang. Pendekatan merapatkan jurang antara bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan Sains Sosial dan Kemanusiaan juga diserlahkan dalam beberapa teks ucapan di dalam buku ini sebagai cara yang diperlukan untuk mencari penyelesaian yang lestari demi kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik bagi semua. Kompilasi teks ucapan ini juga berhasrat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dari pelbagai bidang dan kepakaran dengan para pembaca yang budiman dalam konteks memajukan semua pihak dan komuniti menjelang Tahun 2020 memungkinkan negara bangsa Malaysia bakal mengecapi pendapatan tinggi, dengan berhemah dan bernilai murni. Semua ini juga bertujuan melindungi kelestarian alam dan penggunaan sumber dengan bijaksana demi memastikan keterangkuman yang sejati melalui proses pembangunan yang diinspirasikan oleh proses pemikiran dan pelaksanaan yang berintegriti lagi syumul. Diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar, masyarakat dan para pembaca untuk kebaikan dan pembangunan bangsa, negara dan masyarakat.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: