Al-Tafsir Al-Mawdu: Lafaz al-Nafar dalam al-Quran

Product Code: 9789674121891
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674121891
  • 148 halaman (kulit lembut)
  • Abur Hamdi Usman & Mazlan Ibrahim

 

Buku ini membincangkan salah satu kosa kata yang terdapat dalam al-Quran, iaitu lafaz al-Nafar. Sesungguhnya istilah ini telah dikemukakan dengan begitu jelas oleh al-Quran dan telah direalisasikan oleh Rasulullah SAW suatu ketika dahuku. Pada hakikatnya lafaz al-Nafar mempunyai pertalian yang amat rapat dengan konsep jihad. Ini kerana salah satu antara makna al-Nafar   senada dengan makna jihad, iaitu menyeru dengan penuh semangat untuk berperang di jalan Allah SWT melawan musuh-musuh Islam. Namun, kajian tentang jihad telah banyak dijalankan oleh para sarjana dengan menggunakan pendekatan yang pelbagai, sedangkan lafaz al-Nafar masih jarang bahkan sangat sukar ditemui dalam kajian yang sedia ada. Kalau adapun hanya menyebut secara umum sahaja, tidak secara terperinci. Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa kedua-dua lafaz ini mempunyai perbezaan yang amat signifikan. Tambahan pula, istilah al-Nafar amat asing di telinga umat Islam, apatah lagi pengetahuan terhadap makna, klasifikasi dan peranannya dalam kehidupan sosial. Justeru, buku ini telah menganalisis makna al-Nafar yang amat penting untuk difahami khususnya umat Islam yang mempunyai tanggungjawab mempertahankan Islam daripada sebarang ancaraman serta tugasan dakwah yang diamanahkan di atas bahu mereka. Sehubungan dengan itu, buku ini turut memberikan penekanan kepada beberapa konsep penting hang ada hubung kaitnya dengan lafaz al-Nafar dan pentasirannya secara khusus berdasarkan al-Quran dan penjelasannya menerusi hadis Rasulullah SAW dan sumber lainnya yang sahih dengan menggunakan metode tematik.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: