Intertekstualiti dalam Tarjuman al-Mustafid

Product Code: 9789674122393
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2014. ISBN 9789674122393
  • (kulit lembut). 204 halaman
  • Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Achyar Zein

Kajian Kod II/001/2012 dan COE: ATMA 10-42-01-005 memperlihatkan pengaruh pelbagai karya lain dalam Tafsir Melayu Pertama, iaitu Tarjuman al-Mustafid. Kajian ini memurni pemahamam masyarakat terhadap status Tarjuman al-Mustafid yang telah menjadi rujukan masyarakat Melayu selama ini. Kitab ini lebih dikenali sebagai Kitab Tafsir Baydawi Melayu, dalam kalangan masyarakat Alam Melayu. Ini diperkuat lagi oleh kenyataan daripada tiga orang pentahqiq di Maktabah al-Amiriyyah di Mekah yang menyatakan bahawa kitab ini adalah terjemahan daripada Kitab Anwar al-Tanzil tanpa sedikit pun penambahan atau pengurangan. Namun, melalui proses intertekstualiti teks, didapati bahawa ia lebih dekat dengan Tafsir al-Jalalayn. Ini ditambah lagi dengan penggunaan istilah yang berbentuk nukilan, seperti “berkata al-Baydawi” yang agak banyak sekali gus membuktikan bukan terjemahan kita tersebut. Buku ini mengandungi lima bab termasuk pendahuluan dan penutup. Secara keseluruhan kajian ini turut membincang tentang pengarang Tarjuman al-Mustafid dan kepengarangannya, pelbagai pengaruh rujukan tafsir lain, dan beberapa matan hadis yang bukan hanya Tafsir al-Baydawi sahaja. Metodologi terjemahannya juga menggunakan pelbagai pengaruh qiraat yang disisip dengan rujukan tafsir secara penuh harmoni dan amanah ilmu yang tinggi.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: