Inilah karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen

Product Code: 9789674121648
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-164-8
  • 174 halaman (kulit lembut)
  • Mawar Safei

 

“Saya mahu menulis. Saya mahu menghasilkan karya. Saya mahu cerpen saya disiarkan
di akhbar, majalah dan dibukukan.” Itu antara hasrat saya dan binaan impian kebanyakan
mereka yang mahu cuba-cuba menulis; antara mereka adalah calon penulis atau kalangan
mahasiswa yang memilih kursus penulisan kreatif di universiti. Buku Inilah Karangan
Saya: Narasi Penciptaan Cerpen, antaranya dapat menawarkan beberapa jalan pilihan
untuk mereka mula menukangi karya. Sepuluh cerpen dijadikan rujukan adalah “Virus
Zel untuk Abah,” “ Untaian Rafik,” “Zel,” “Sumur,” “Marissa@Merdeka,” “Seusai
Iftar 9 Zulhijah,” “Suami Saya Tidak Melakukannya,” “Petala Rengas dalam Dada,”
“Sedang Malaikat Berdoa,” dan “Narasi Cinta dari Pulau Seribu Kubah.” Kesemua
cerpen ini pernah memenangi hadiah sastera, dibentangkan semula bergandingan
struktur cerpen yang secara teorinya ada dalam kebanyakan buku panduan menulis
seperti plot, watak, latar, gaya bahasa atau sudut pandangan. Namun pancingannya agar
tidak kelihatan terlalu mengeruni, ia dipadankan dengan beberapa sumbu pengkaryaan
seperti kemahasiswaan, wilayah kewanitaan, peranan tradisi, berita dan konflik semasa,
pengalaman peribadi, pengembaraan dan pelbagai demensi cinta. Buku ini diberikan
bicara awalnya oleh Profesor Dr. Nor Faridah Abdul Manaf, Profesor Kesusasteraan
yang merupakan seorang penulis cerpen juga.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: