Fosil Dialek Melayu Hulu Pahang

Product Code: 9789674122041
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-204-1
  • 112 halaman (kulit lembut)
  • Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman, Shahidi A. Hamid

 

Fosil dialek Melayu Hulu Pahang adalah sebuah buku yang mengkaji salah sebuah
dialek Melayu yang dituturkan oleh masyarakat di Hulu Pahang. Untuk mengkaji
dialek yang dinyakan itu, buku ini menerapkan tatakedah ilmu linguistik perbandingan
sejarawi yang dikenali juga sebagai dialektologi diakronik. Oleh sebab itu, titik tumpuan
perbincangan yang terkandung di dalamnya, sebagaimana menjadi kelaziman ilmu
tersebut, berlegar-legar pada dua perkara, iaitu rekonstruksi dan klasifikasi. Menyentuh
tentang rekonstruktsi, buku ini tampil mengemukakan bentuk purba hipotesis sebuah
dialek yang digelas Dialek Hulu Pahang Purba, atau singkatannya DHPP, bersekali
dnegan ciri-ciri linguistiknya, selain ciri-ciri linguistik varian turunannya. Manakala,
mengenai klasifikasi pula buku ini memaparkan hubungan dialek purba tersebut dari
dua arah, iaitu arah menegak (vertikal) dan arah mendatar (horizontal): arah menegak
bererti hubungan DHPP dengan bahasa induknya; sedangkan hubungan mendatar
bererti hubungan antara varian turunan DHPP. Kesimpulan daripada analisis mengenai
rekonstruksi dan klasifikasi Dialek Hulu Pahang Purba menghadirkan hal-hal yang
mengubah beberapa tanggapan umum mengenai dialek Pahang yang am dan dialek Hulu
Pahang, sekali gus menggodak tanggapan mengenai batasan penyebarannya. Selain itu,
turut mengimplikasikan sesuatu yang berguna kepada teori penyebaran dialek Melayu
secara umumnya.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: