Taman Herba: Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia

Product Code: 9789674121976
Availability: In Stock
Price:
RM65.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674121976
  • 174 halaman (kulit lembut)
  • Khatijah Hussin & Abdul Ghani Hussain

Tumbuhan telah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup manusia sejak dahulu
kala lagi. Ribuan spesis tumbuhan di Malaysia sama ada yang tumbuh liar di hutan,
ditanam untuk hiasan atau sebagai rumpai dalam taman telah dilaporkan mempunyai
nilai ubatan. Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, perubatan tradisi kini menjadi
popular sebagai satu rawatan pilihan atau pelengkap kepada perubatan moden serta
untuk penjagaan kesihatan rawatan kulit. Justeru, perkembangan industri herba
menggunakan pokok yang tumbuh secara liar atau ditanam telah meningkat dengan
pesat di Malaysia. Dengan menyedari betapa pentingnya maklumat tentang tumbuhan
herba, satu koleksi germplasma tumbuhan herba yang dinamakan Taman Herba telah
diwujudkan di UKM bagi tujuan pendidikan, pembelajaran, penyelidikan, pemuliharaan
dan kesedaran kepada orang ramai serta untuk generasi akan datang, taman seluas dua
ekar (0.8 hektar) ini mempunyai lebih daripada 300 spesis tumbuhan. Buku Taman
Herba ini menyenaraikan 120 takson yang terdapat di Taman herba UKM serta kegunaan
dan gambar untuk tujuan pengecaman yang tepat.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: