Psikologi Islam: Falsafah Teori dan Aplikasi

Product Code: 9789674122966
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674122966
  • (kulit lembut). 236 halaman.
  • Khaidzir Ismail, Jawiah Dakir, Fariza Md Sham & Hanina Halimatusaadiah Hamsan (sunt.)

Buku ini merupakan himpunan penulisan bab yang membincangkan isu psikologi Islam sebagai aliran alternatif untuk memahami sikap dan tingkah-laku manusia daripada aspek budaya dan agama masyarakat Muslim. Pendekatan kefahaman dan aplikasi yang ingin dilontarkan dalam buku ini adalah berbeza daripada kebiasaan sumber pembacaan yang banyak mengutarakan teori sistem psikologi Barat berasaskan paradigman epistimologi tokoh falsafah zaman Yunani kuno seperti Socrates, Pluto dan Aristotle. Psikilogi Islam sebenarnya telah lama bertampuk dalam bidang keilmuan. Ketika dunia Barat dilanda ‘zaman gelap’, perkembangan bidang ilmu dan falsafah Islam sangat rancak berlaku dan ketika itu dikatakan juga Zaman Keemasan Islam. Perkembangan ilmu daripada ilmu Islam pada masa itu jauh berbeza dengan apa yang disandarkan oleh ilmuan Yunani dan Kristian pada zaman sebelumnya. Begitu juga dengan pemahaman tentang manusia daripada pemikiran Barat Moden adalah berbeza daripada kaca mata dan pemikiran Islam.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: