Institusi Keluarga di Malaysia: Peranan dan Kualiti

Product Code: 9789674121303
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674121303
  • (kulit lembut). 234 halaman
  • Rika Fatimah & Abdul Aziz Jemain

‚Äč

Keluarga adalah kumpulan individu yang diikat oleh peraturan biologi, budaya atau agama, dan masyarakat. Kekuatan serta kerukunan hidup suatu masyarakat terbentuk hasil daripada anyaman atau sulaman unit-unit keluarga. Masyarakat mewujudkan sistem peraturan kehidupan yang menyediakan segala keperluan bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian kekeluargaan. Sistem kehidupan keluarga yang baik menjana individu manusia dengan segala ciri kesempurnaan yang kemudiannya mengukuh dan menyerlahkan lagi keunggulan keluarga serta masyarakat berkenaan.   Keupayaan memahami pelbagai unsur penting berkenaan kekeluargaan dalam usaha menyalurkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan asas dalam merangka strategi berkesan pemerkasaan masyarakat. Buku ini memuatkan tentang kerencaman isu kehidupan kekeluargaan masyarakat Malaysia yang telah diusahakan oleh penyelidik daripada pelbagai latar disiplin keilmuan. Garapan yang dibentangkan mewakili isu-isu yang mendapat perhatian ramai penyelidk; antaranya masalah kualiti pencapaian dan kesetiaan perkahwinan, perolehan dan pengurusan ekonomi keluarga, penjagaan dan penyantuan warga emas, kejiranan dan interaksi antara ahli masyarakat, dan proses perubahan lingkungan kekeluargaan. Meskipun isu kekeluargaan menjadi tajuk penting dalam pelbagai wacana, namun umumnya faktar perbahasan hanya bersumber pengamatan tidak formal dan laporan liputan media berkenaan peristiwa berkaitan pelakuan jenayah atau penyimpangan nilai kekeluargaan dalam masyarakat. Kehadiran buku ini di pasaran dijangka akan merangsang para penyelidik lain untuk terus mendapatkan pelbagai fakta semasa yang akan mengayakan lagi ilmu kekeluargaan masyarakat Malaysia. Perolehan sedemikian kemudiannya boleh dimanfaatkan untuk pembangunan ilmu kekeluargaan.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: