Kemahiran Kaunseling: Sebagai Strategi Membantu

Product Code: 9789674121846
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674121846
  • (kulit lembut). 172 halaman
  • Zuria Mahmud & Salleh Amat

‚Äč

Perkhidmatan kaunseling kini diamalkan secara profesional di Malaysia dan di seluruh dunia. Bidang ini melibatkan integrasi ilmu psikologi, komunikasi, pengurusan serta budaya, dan bertujuan membantu manusia mendapat celik akal ke arah hidup yang sejahtera. Masalah yang mengganggu emosi, fikiran, dan tingkah laku perlu difahami dan ditangani segera agar tidak menjejas kesihatan mental dan merebak serta berakar umbi sehingga membentuk personaliti tidak sihat. Ini kerana, penderita penyakit mental bukan sahaja hidup dalam kesakitan jiwa, tetapi menyusahkan ahli masyarakat lain dengan sikap dan tindakan mereka. Buku ini ditulis khusus untuk orang ramai yang ingin mempelajari asas kemahiran kaunseling dan menggunakannya dalam kehidupan untuk membantu diri sendiri mahupun orang lain. Kemahiran kaunseling ini boleh digunakan ketika berhubung dnegan rakan sekerja, ahli keluarga, mahupun ahli masyarakat lain.   Buku ini membincangkan tentang perkembangan psikologi, kemahiran berkomunikasi, kesihatan mental, serta strategi mengurus masalah secara individu dan kelompok.   Aktiviti berstruktur juga dimuatkan untuk digunakan dalam program-program bimbingan kepada kelompok tertentu.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: