Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah

Product Code: 9789674122270
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-227-0
  • 142 halaman (kulit lembut)
  •  Khalim Zainal

 

Pengurusan Disiplin pelajar merupakan suatu isu yang sering menimbulkan masalah
kepada guru-guru di sekolah. Ini kerana guru berhadapan dengan pelajar dalam jangka
masa yang agak lama pada setiap hari dan memungkinkan pelajar menonjolkan pelbagai
tingkah laku yang selari ataupun tidak dengan peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
Buku ini mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan tugas
menguruskan disiplin pelajar. Beberapa model disiplin seperti Curwin dan Mendler
dengan Disiplin Tiga Dimensi (3-D), Model Disiplin Canter – Pendekatan Disiplin
Asertif, Model Pengurusan Disiplin Bersepadu (Unified Discipline) dan Model
Pengurusan Disiplin Glasser dibincangkan bagi membolehkan guru ataupun pembaca
umum memahami serta berkemungkinan menerapkan kaedah model tersebut dalam
menguruskan tingkah laku pelajar ataupun anak-anak. Di samping itu, buku ini turut
membincangkan dua bentuk pengurusan disiplin di sekolah, iaitu Pengurusan Disiplin
Konvensional dan Pengurusan Disiplin Penalti yang dilaksanakan di sekolah di Malaysia.
Pembaca dapat menilai sendiri keberkesanan antara dua bentuk pengurusan disiplin
pelajar tersebut. Buku ini amat berguna kepada pentadbir dan guru-guru di sekolah
kerana pendekatan pengurusan disiplin pelajar yang dibincangkan dapat disesuaikan
dengan situasi di sekolah masing-masing. Buku ini juga merumuskan bahawa
pengurusan disiplin pelajar di sekolah perlu dilaksanakan dengan penuh komited dan
rasa tanggungjawab secara bersama antara pentadbir, guru dan ibu bapa.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: