Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599): Liabiliti Sivil Peniaga di Malaysia

Product Code: 9789674121600
Availability: In Stock
Price:
RM40.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674121600
  • (kulit lembut). 254 halaman
  • Zeti Zuryani Mohd Zakuan, Sakina Shaik Ahmad Yusoff & Rahmah Ismail

‚Äč

Perdagangan pada abad ke-21 menyaksikan persempadanan pasaran dan ekonomi semakin mengecil. Hal ini disebabkan oleh proses globalisasi yang muncul bersama satu lagi proses berpengaruh, iaitu liberalisasi perdagangan. Amalan liberalisasi perdagangan di Malaysia kini menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa akur bahawa dunia tidak lagi bersempadan dan pasaran tidak lagi terbatas. Era sekarang adalah era perdagangan bebas antarabangsa yang kompleks dan mengelirukan pengguna di Malaysia.   Barangan daripada serata dunia boleh diperoleh di pasaran tempatan akibat amalan perdagangan bentuk baru ini. Keterbukaan pasaran menyebabkan pengguna di Malaysia terdedah kepada barang cacat di pasaran. Fenomena ini menimbulkan persoalan tentang peletakan liabiliti sivil peniaga terhadap barang dalam kerangka perundangan tempatan.   Buku ini meneroka  perlindungan yang diperuntukkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 berhubung  liabiliti sivil peniaga terhadap barang di Malaysia dengan  berpaksikan empat pendekatan utama, iaitu sejarah, jurisprudens, perbandingan dan analitis dan kritis. Terdapat kepincangan yang ketara pada peruntukan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang terdiri daripada  pemakaian dan pentafsiran serta peruntukan  substantif yang merangkumi aspek pembekalan barang dan liabiliti keluaran.   Kepincangan yang jelas dalam pemakaian akta ini adalah dari segi tafsiran terma penting. Kegagalan untuk memberikan tafsiran sesetengah terma menjadikan Akta Pelindungan Pengguna 1999 lemah. Tafsiran sesuatu terma hendaklah jelas agar pengguna faham berkaitan pelindungan yang disediakan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999. Kepincangan pada peruntukan substantif pula perlu diatasi dengan membuat pindaan dan pemansuhan peruntukan tertentu di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: