MARA: Perjuangan yang Belum Selesai (kulit keras)

Product Code: 9789674123284
Availability: In Stock
Price:
RM100.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN  9789674123284 (hard cover) 
  • 260 halaman
  • Abdul Karim Haron, Mohd Tajuddin Jali, Raja Fauziah Raja Tun Uda & Rokiah Talib.

‚Äč

Buku ini merupakan pengkisahan sejarah awal Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi yang ditubuhkan pada 1966. Penghargaan terhadap kehadiran dan pembangunan asas MARA adalah suatu yang semestinya diberi kepada Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysai yang kedua. Kepimpinan dan penglibatan langsung beliau di dalam pembangunan badan ini sebenar-benarnya telah memberi arah dan aras yang telah mempengaruhi kejayaan MARA seperti yang dikisahkan dalam buku ini. Ditubuhkan untuk menggantikan RIDA, MARA memperluaskan lagi ruang lingkup tugas dan usahanya dalam dua bidang utama: pembangunan modal insan dan usahawan dalam kalangan Bumiputra. Ini bertujuan untuk menyusun semula masyarakat supaya pemetaan ekonomi tidak terlalu mengikut kaum. Setelah separuh abad umur MARA dan apabila ramai warga-kerja tahun 60-an dan 70-an sudah tidak berkhidmat lagi, maka sejarah perjuangan MARA pada zaman awal mungkin sudah luput daripada ingatan.   Selain merakamkan sumbangan sebuah agensi yang telah begitu banyak berjasa bagi bangsa dan negara, buku ini juga mengisahkan bagaimana peranan, sumbangan dan pengorbanan puluhan wira dan wirawati tahun-tahun awal kemerdekaan. Mereka terdorong oleh semangat cintakan bangsa dan negara hingga sanggup mengharung apa jua ranjau dan rintangan demi mahu melihat anak bangsa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di bumi sendiri. Diharapkan dengan membuka lipatan sejarah awal usaha MARA dapat menyedarkan anak bangsa generasi baharu bahawa nikmat yang dikecapi sekarang tidak datang melayang, sebaliknya adalah hasil titik jerih, pemerahan otak, tenaga dan keringat generasi awal. Turut diharapkan buku ini dapat membangkitkan semula semangat kesedaran bahawa perjuangan anak bangsa belum selesai.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: