Maqasid Al-Quran: Peranan & Pembudayaan

Product Code: 9789674123970
Availability: In Stock
Price:
RM25.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2016. ISBN 9789674123970
  • (kulit lembut). 158 halaman
  • Mazlan Ibrahim, Sabri Mohamad & Mohd Arif Nazri (sunt.)

Umat Islam berkewajiban untuk membudayakan al-Quran dengan membaca, menghafal, merenungi, memahami dan mentafsirkannya serta diamalkan dalam kehidupan harian.  Tidak ada yang lebih baik selain usaha untuk merealisasikannya sesuai dengan kadar kemampuan. Umat Islam juga semestinya berlaku baik terhadap al-Quran dengan mengikuti petunjuknya, mengamalkan ajarannya, menghukum sesuai syarak serta mengajak manusia mengikuti petunjukanya.  Ini kerana ianya adalah manhaj bagi kehidpan individu, undang-undang bagi aturan politik serta petunjuk dalam berdakwah kepada Allah SWT. Namun, terdapat usaha dari musuh-musuh Islam untuk menghalang mereka ke arah itu. Oleh sebab itu, usaha memahami maqasid al-Quran menjadi sangat signifikan sebagai salah satu penawar untuk mengubati virus penyakit yang disebarkan oleh mereka. Hal ini diusahakan agar umat Islam tidak mengalami  hal serupa yang pernah berlaku ke atas umat terdahulu yang diungkapkan oleh al-Quran dalam firman-Nya (al-Jumu’ah 62: 5): Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan Dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan  mengetahui dan melaksanakan hukum Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. Maka tujuan buku ini adalah untuk melihat usaha para ulama dalam menjelaskan maqasid al-Quran, begitu juga kaedah berinteraksi dan membudayakannya sehingga ianya mampu memberi impak yang mendalam terhadap kehidupan individu dan masyarakat.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: