Asas Model Pengukuran Rasch: Pembentukan Skala & Struktur Pengukuran (cet. 3)

Product Code: 9789674121822
Availability: In Stock
Price:
RM25.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674121822
  • 106 halaman (kulit lembut)
  • Azrilah Abdul Aziz, Mohd Saidfudin Masodi, Azami Zaharim

 

Buku ini membincangkan pemasalahan awal dalam sesuatu kajian bermula daripada pembentukan instrumen kaji selidik. lnstrumen yang telah disahkan dan jitu sahaja dapat memberikan dapatan kaj'ian yang bernilai dan sahih. Kaedah ini menunjukkan kepada pembaca bagaimana cara pembentukan instrumen yang bersistematik dan bertepatan dengan kajian yang ingin dilaksanakan. Setelah itu, instrumen yang telah dibina perlu disahkan dengan cara yang sahih dan boleh dibuktikan secara jelas dan mudah difahami. lni sesuatu yang sangat penting untuk para penyelidik dan saintis pengukuran supaya semua instrumen yang digunakan adalah sahih dan boleh diguna pakai tanpa keraguan. Perbincangan diteruskan dengan analisa dapatan data (daripada instrumen yang telah disahkan) menggunakan perisian Winsteps, iaitu salah satu perisian yang digunakan dalam kaedah model pengukuran Rasch. Penerangan dengan ilustrasi mudah dan jelas mengenai penyediaan dapatan data dimuatkan dan terus kepada kegunaan perisian untuk pembuktian kesahan instrumen. Contoh dapatan data melalui kajian sebenar disertakan untuk memudahkan penerangan tentang bagaimana kaedah ini dapat membantu dalam sesuatu kajian yang dijalankan, bermula daripada konsep pembentukan dan menentusahkan instrumen, cara menyediakan dapatan data dan membuat penerangan terhadap dapatan kajian. Contoh kaji selidik yang disertakan dalam buku ini tidak hanya bertumpu kepada kajian dalam bidang pendidikan, malah disertakan juga instrumen bagi kajian lapangan yang menggunakan borang kaji selidik. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada pembaca tentang kepelbagaian penggunaan kaedah model pengukuran Rasch dalam analisa dan proses pengukuran.

AZRILAH  ABDUL  AZIZ,   PhD,   Penyelidik Pasca Doktoral di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. MOHD SAIDFUDIN MASODI, Felo Penyelidik di Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan (FKAB). AZAMI ZAHARI M, PhD, Profesor dan Ketua Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan di Fakulti Kejuruteraan  & Alam  Bina,  UKM.  Beliau  adalah  pakar  pengukuran  hasil pembelajaran dengan kaedah pengukuran model Rqsch untuk menganalisa Pendidikan Berasaskan Hasil.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: