Analisis Pemikiran M. Quraish Shihab dalam Tafsir Al-Mishbah

Product Code: 9789674123703
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674123703
  • (kulit lembut). 171 halaman 
  • Abur Hamdi Usman & Mazlan Ibrahim

‚Äč

Buku ini membincangkan pemikiran tafsir salah seorang tokoh musafir Nusantara, iaitu M. Quraish Shihab yang bertajuk Tafsir Al-Mishbah. Kandungan buku ini banyak menekan keperluan memahami al-Quran menurut konteks ayat dan kefahaman makna bahasa serta tidak semata-mata terfokus kepada makna teks. Menurut beliau lagi, pentafsiran al-Quran tidak pernah berakhir, malahan dari semasa ke semasa akan muncul pentafsiran baharu selaras dengan perkembangan ilmu dan tuntutan kemajuan. Kemampuan M. Quraish Shihab memahami makna ayat berdasarkan penguasaan bahasa Arab yang dimiliki dan mentafsirkannya ke dalam bahasa Melayu Indonesia menjadikan tafsir beliau lebih mudah difahami dan lebih rapat kepada pembaca. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pentafsiran beliau perlu dimurnikan kerana menyalahi tafsiran yang dilakukan oleh para ahli tafsir yang muktabar. Jesteru itu, buku ini mengemukakan beberpa tafsiran beliau yang menyalahi tafsiran ulama lain sebagai satu usaha permulaan yang mungkin boleh dikembangkan lagi pada masa akan datang. Penekanan buku ini hanya difokuskan kepada beberapa isu utama, seperti kepelbagaian qiraat, pentafsiran berdasarkan konteks dan kesesuaian ayat, hadis, kaedah feqah dan usul feqah serta permikiran tafsir berdasarkan makna bahasa. Ekoran daripada itu, buku ini diharapkan mampu membuka mata bagi analisis yang lebih meluas dan mendalam terhadap kandungan kitab Tafsir Al-Mishbah agar pandangan M. Quraish Shihab yang menyalahi tafsiran ulama muktabar dapat dizahirkan. Namun begitu kaedah-kaedah lain yang diguna pakai oleh beliau sememangnya merupakan kaedah yang diguna pakai para musafir bagi memastikan pentafsiran mereka selaras dengan kehendak syarak serta tidak terseleweng. 

 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: