Kejatuhan dan Kebangkitan Parti Demokratik Liberal: Puak Gabungan Politik Jepun

Product Code: 9789674124809
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674124809
  • (kulit lembut). 277 halaman
  • Saiyid Radzuwan Syed Sopi

Perbincangan dan perdebatan dalam buku ini cuba melihat bagaimana kuasa menjadi sasaran utama golongan dominan dan politik kepartian yang memperlihatkan bagaimana kuasa menjadi rebutan serta mendasari pembentukan pakatan dan perpecahan gabungan dalam persaingan parti. Selain itu, buku ini juga mengenal pasti bagaimana birokrat, puak politik, veteran parti dan kumpulan zoku mencampuri urusan petadbiran negara sehingga menyebabkan kerajaan gabungan antiparti Parti Demokratik Liberal (Liberal Democratic Party – LDP) gagal mengekalkan kuasa dalam jangka masa yang panjang (1993 – 1994). Matlamat menghalalka cara yang dipelopori oleh Machiavelli digunakan sebagai senjata untuk melakukan percaturan kuasa. Selain itu, pendekatan penaung dinaung (oyabun kobun) yang telah sebati dengan masyarakat Jepun dijadiakn sebagai mekanisme untuk membina hubungan pengusa dan penyokong hubungan antara ketua dan pengikutnya dibina dengan akrab, lebih terikat, bersifat kesalingan (reciprocity) dan bertahan lama. Oleh itu, kedinamikan ikatan hubungan tetap terpelihara walaupun unsur kepentingan menjadi sasaran ahli politik. Kerjasama politik bukan menjadi hak milik negara maju sahaja, malahan Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengamalkan konsep tersebut. Bukti yang paling nyata dalam menyokong kenyataan ini ialah amalan yang diaplikasikan oleh Barisan Nasional (BN). BN melihat kerjasama adalah stu kaedah yang paling efisien untuk membolehkan mereka meneruskan hegemoninya sebagai kerajaan. Parti pembangkang juga menjadikan kerjasama sebagai acuan untuk membolehkan mereka memberi tentangan terhadap BN. Jesteru, kerjasama politik merupakan satu kaedah berpolitik yang bukan sahaja digunakan oleh elit politik di Jepun, malahan elit politik di Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengaplikasinya. 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: