Biologi dalam Pendidikan STEM

Product Code: 9789674124113
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674124113
  • (kulit lembut) 230 halaman
  • Lee Chuo Hiong & Kamisah Osman

‚Äč

Buku berjudul Biologi Dalam Pendidikan STEM ini dihasilkan selari dengan trend pendidikan global dan visi serta misi pendidikan negara yang semakin menitikberatkan intergrasi pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (science technology, engineering, mathematics). Inti pati utama buku ini tertumpu kepada pengkongsian bagaimana pengintegrasian konsep STEM dalam mata pelajaran biologi dapat dilaksanakan dalam konteks bilik darjah yang sebenar. Pendekatan ini juga adalah koheren dengan aspirasi pembelajaran ke arah pemupukan Kemahiran Abad ke-21, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan penyelesaian maslah dan tidak ketinggalan penggarapan ilmu pengetahuan yang seringkali menjadi tumpuan dalam sesuatu transaksi pembelajaran. Buku ini juga mengambil perhatian tentang isu jurang antara jantina yang semakin melebar dalam pendidikan STEM. Jesteru, tidak disangsikan lagi isi kandungan buku ini akan dapat membuka minda khususnya dalam kalangan pendidik STEM tentang maksud STEM yang sebenarnya dan bagaimana dapat dilaksanakan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerangan secara sistematik langkah demi langkah dalam pembinaan Modul Bio-STEM boleh dijadikan garis panduan kepada semua pendidik sains di luar sana. Penerangan koprehensif tentang teori pembelajaran yang menyokong pelaksanaan pendekatan STEM dan strategi pembelajaran dan pembelajaran STEM yang releven juga dapat mempelbagaikan pilihan pendidik STEM dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran STEM yang sesuai dengan satu konteks dan persekitaran pembelajaran. Buku ini dapat dijadikan sebgai sumber inpirasi kepada semua pendidik STEM dalam menyuntik kelestarian inovasi melalui penghasilan lebih banyak koleksi bahan rujukan pendidikan STEM. Tegasnya usaha yang berkesinambungan ini penting dalam misi pembentukan modal insan berkualiti dan futuristik yang dapat menjadi peneraju dan pemankin kemajuan ekonomi negara pada masa sekarang dan masa hadapan. 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: