Rampai Sari di Persada Ilmuwan

Product Code: 9789674125134
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018. ISBN 9789674125134
  • (kulit lembut). 130 halaman
  • Abd Razak Hussin

‚Äč

Sejumlah 35 rencana ini adalah antara jurus pandang seorang pentadbir mapan terhadap wilayah keilmuwan di alma meternya, UKM. Kesemua tulisan berkenaan disiarkan dalam akhbar perdana tanah air iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro bermula 2009 hingga yang terkini pada 2017. Penulis memanfaatkan ruangnya untuk memerihalkan tuntutan dan tentangan UKM dalam banyak segi yang melibatkan ilmu itu sendiri, sumbangan terhadap pendidikan kebangsaan, masyarakat setempat dan antarabangsa. Dari lantai kepimpinan utama, akdemia sehingga ke tatausaha dan mahasiswa, penghormatan terhadap ilmu menjadi tumpuan penulisan buku ini. Keterlibatan secara lansung dengan pengurusan universiti, menemukan penulis akan beberapa sosok peribadi yang mengilhamkan bukan sahaja dalam perihal akademik malah lebih lagi akan nuansa kemanusiaan yang dedepani mereka. Bagaimana menerusi ilmu, manusia dapat tumbuh sebagai pewakilan terhadap kemasalahatan banyak pihak. Ilmu juga yang melebarkan sayap keluhuran untuk manusia terbang menuju harkat yang lebih terhormat. Menarik sekali tokoh-tokoh yang diangkat penulis dalam rakaman tintanya ini turut menyeberangi topografi Bangi; pembaca di bawa ke Terngganu, Sabah dan Indonesia. Himpunan pengalaman panjangnya dalam pentadbiran dan ruang keilmuan ini turut berhubung dengan perekayasaan bahasa Melayu, kebudimanan serta iltizam adalam apa jua upaya. Lewat buku ini, penulis menyakini bahawa penyerlahan sesebuah universiti seperti UKM bukan sahaja diukur dalam pemerihalan penghasilan ijazah, namun lebih mendasar adalah menumbuhkan harga diri dan sahsiah. 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: