Kesihatan Kebajikan dan Keselamatan Pekerja: Polisi dan Perundangan

Product Code: 9789674125479
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018. ISBN 9789674125479
  • (kulit lembut) 228 halaman
  • Kamal Halili Hassan (sunt.)

‚Äč

Buku ini membincangkan aspek polisi dan perundagan kesihatan, kebajikan dan keselamatan pekerja. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967 memperuntukkan ketiga-tiga aspek tersebut. Kesihatan mempunyai maksud yang luas; ia bukan sekdar bebas daripada penyakit, kecatatan dan kecederaan sahaja tetapi juga ditakrifkan sebagai sihat darpada aspek fizikal, mental dan sosial. Pekerja yang sihat akan memberi nilai tambah kepada sesebuah organisasi melalui peningkatan produktiviti mereka. Bagi menjamin pekerja mendapat kemudahan perubatan yang baik adalah penting untuk mereka dilindungi oleh suatu skim kesihatan dan insuran/takaful yang menyeluruh. Keperluan kepada perlindungan insuran adalah disebabkan kos rawatan kesihatan yang tinggi. Tanpa adanya perlindungan insuran, biaya kos merawat pesakit/pekerja di hospital akan meningkat. Skim faedah pekerja seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan perlindungan insuran adalah untuk mengurangkan beban kewangan pekerja semasa berlakunya bencana kerja atau penyakit. Buku ini juga tutut mengupas isu kesihatan dan kebajikan pekerja seperti hak pekerja wanita untuk meyusui bayinya. Jaminan hak seumpama ini adalah penting memandangkan jumlah pekerja wanita yang semakin meningkat dalam pasaran kerja. Aspek keselamatan pekerja juga diulas dalam buku ini khususnya tentang aspek penguatkusaan oleh pihak berkuasa. Pertindihan kuasa penguatkusaan dalam sekator pembinaan yang berlaku di antara Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan Construction Industry Development Board (CIDB) juga turut dibincangkan. Isu keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja adalah penting dalam amalan korporat yang baik dan perkara tersebut harus direkodkan dalam laporan tahunan sesebuah organisasi korporat. Laporan tahunan korporat adalah adalah penting kerana prestasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) perlu sentiasa boleh dilihat dan boleh dijejaki supaya isu-isu KKP yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat boleh disemak oleh pihak luar.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: