Belajar Kimia Bersama Agen Pedagogi

Product Code: 9789674125318
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018 ISBN 9789674125318
  • (kulit lembut) 200 halaman
  • Lee Tien Tien & Kamisah Osman

‚Äč

Buku ini memperkenalkan agen pedagogi dengan menghuraikan ciri-ciri dan kepelbagaian agen pedagogi dalam modul multimedia interaktif. Keunikan dan kelebihan agen pedagogi ini diaplikasikan dalam modul multimedia interaktif untuk membantu pelajar dalam pembelajaran tajuk Elektrokima. Buku ini menerangkan tatacara pembinaan Modul Multimedia Interaktif dengan Agen Pedagogi (IMMPA) EC Lab secara terperinci. Maka ia sesuai dirujuk oleh golongan pendidik yang berminat untuk mereka bentuk modul multimedia sebagai bahan bantu mengajar. Penyampaian isi kandungan dalam IMMPA EC Lab yang mengikut model Konstruktivisme Lima Fasa Needham boleh dijadikan panduan kepada pendidik dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Aplikasi beberapa teori pembelajaran dan bagaimana mereka bentuk skrin untuk mengurangkan beban kognitif juga dihuraikan dengan jelas. Ini amat membantu pereka bentuk instruksi dan golongan pendidik dalam proses mereka bentuk modul multimedia. Selain daripada itu, miskonsepsi pelajar dalam tajuk Elektrokimia supaya pelajar tidak mengalami miskonsepsi yang sama. Buku ini diharapkan dapat sambutan dan perhatian daripada golongan pendidik dan pereka bentuk instruksi untuk mengembangkan dan memperbanyakkan modul multimedia interaktif yang berkualiti bagi kebaikan pelajar-pelajar.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: