Komposit Polimer Hijau Berasaskan Sekam Padi daripada Sisa Pertanian

Product Code: 9789674125561
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018. ISBN 9789674125561
  • (kulit lembut) 161 halaman
  • Ruey Shan Chen & Sahrim Haji Ahmad

‚Äč

Prinsip hijau adalah isu yang sangat penting dan semakin dititikberatkan dalam semua aspek pembangunan negara, bukan sahaja pemprosesan dan teknologi mahupun penerokaan bahan mentah yang bersumberkan semula jadi. Laporan statistik antarabangsa menunjukkan bahawa sisa bahan daripada kebanyakan produk selepas digunakan boleh dijumpai di mana-mana dan jumlahnya adalah sangat tinggi serta mengahadapi masalah pelupusan sisa tersebut yang serius. Memandangkan penggunaan bahan pelastik yang meluaskan dan hasil pertanian teruutamanya beras sebagai makanan utama kita, sisa pelastik dan sisa pertanian sememangnya perlu dikawal demi kemesraan alam sekitar atau bumi. Sehubungan dengan itu, buku ini diterbitkan bagi memberi pengetahuan umum kepada masyarakat mengenai sekam padi dan pengunaannya dengan pelbagai pelastik (polimer) dalam penghasilan komposit polimer hijau. Buku ini juga mengandungi informasi berhubung pengeluaran padi, hala tuju industri pertanian, perkembangan sumber padi dan beras di Malaysia, struktur padi dan sekamnya sebagai sisa, sifat-sifat semula jadi sekam padi, rawatan atau modifikasi terhadap sekam padi serta aplikasi sekam padi dalam pelbagai aspek. Di samping itu, buku ini bertujuan untuk memberi panduan kepada ahli akademik, penyelidik serta sektor industri dlam rawatan, memproses dan menghasilkan komposit polimer hijau berasaskan sekam padi. Melalui buki ini, pembaca dapat mengumpulkan maklumat mengenai kaedah rawatan dan teknik penyediaan komposit serta hasil penemuan daripada kajian penyelidikan yang dijalankan. Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi kursus berkaitan bahan hijau dan novel, kaedah pengendalian dan menambah nilai terhadap sisa bahan, pembangunan komposit hijau dan produknya.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: