Laluan Sutera Baharu Maritim China: Kerjasama dengan Malaysia dan Indonesia

Product Code: 9789674126377
Availability: In Stock
Price:
RM47.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018. ISBN 9789674126377
  • (kulit lembut). 339 halaman
  • Muhamad Azwan Abd Rahman

Buku Laluan Sutera Baharu Maritim China: Kerjasama dengan Malaysia dan Indonesia mengemukakan pendebatan mengenai usaha tiga buah negara yang berbeza dari segi kuasa ekonomi dan geopolitik masing-masing, iaitu China sebagai sebuah kuasa besar pemacu kebangkitan semula globalisasi Oriental menerusi ‘One Belt One Road’ (OBOR) yang cuba menarik minat dan penyertaan negara kuasa kecil Malaysia dan kuasa menengah Indonesia dalam projek Laluan Sutera Bharu Maritim yang diperkenalkan China pada September 2013. Bertolak dari perspektif ilmu sosiologi pembangunan, buku ini membahaskan manfaat yang dijangka diterima oleh ketiga-tiga buah negara berkenaan, dan juga implikasi serta cabaran-cabarannya, khususnya, dari segi impak ke atas kesepaduan dalaman dan autonomi negara kepada negara-negara peserta iaitu Malaysia dan Indonesia. Walaupun fokus buku ini bagi Malaysia ialah mengenal tempoh pentadbiran Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak di bawah kerajaan Barisan Nasional, tetapi ia juga mengambil kira perkembangan-perkembangan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan polisi kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di Indonesia, tidak wujud perubahan politik yang ketara seperti di Malaysia, jester fokusnya ialah mengenai era pemerintahan Presiden Joko Widodo (Jokowi), yang menunjukkan kedinamikan kerjasama yang berbeza dengan Presiden-Presiden sebelum ini. Buku ini amat sesuai untuk rujukan pelbagai pihak, khususnya para mahasiswa, pensyarah, penyekidik, penggubal dan pelaksana dasar serta pembaca umum di Malaysia, Indonesia dan rantau lain.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: