Kemahiran Metatingkah Laku dan Membuat Keputusan

Product Code: 9789674126506
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018. ISBN 9789674126506
  • (kulit lembut). 136 halaman
  • Zakri Abdullah & Saemah Rahman

 

Golongan pelajar adalah asset modal insan negara yang terpenting kerana mereka merupakan asas sumber tenaga negara yang bakal menerus dan mempertahankan wawasan negara. Namun, semakin zaman memasuki ke era berteknologi tinggi, semakin ‘canggih’ pula cara perlakuan negative yang dilakukan oleh para pelajar. Fenomena masalah tingkah laku disiplin ini begitu membimbangkan lebih-lebih lagi ketika negara berdepan dengan cabaran pendidikan abad ke-21. Ada kemungkinan fenomena yang berlaku itu disebabkan pelajar memiliki kemahiran metakognisi yang rendah. Dalam konteks dunia pendidikan, kemahiran metakognisi atau berfikir apa yang difikiri mempunyai banyak manfaat dalam membantu pelajar sedar tentang cara mereka berfikir, cara mereka meneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah dan cara mereka melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran. Konsep metakognisi dalam buku ini telah disintesiskan dengan konsep tingkah laku untuk membentuk konsep baharu yang dinamakan sebagai kemahiran metatingkah laku. Kemahiran metatingkah laku ini boleh diajar dan dapat membantu pelajar membentuk dalaman diri mereka supaya dapat membuat keputusan yang bijak sebelum menzahirkan sebarang bentuk tingkah laku positif secara pengawalan dan modifikasi kendiri. Beberapa teori, model dan pendekatan berkaitan dengan kemahiran metakognisi, kemahiran membuat keputusan dan tingkah laku telah diketengahkan bagi membolehkan pembaca memahami dan menerapkan kemahiran memetingkah laku dalam diri pelajar dengan mudah dan berkesan. Buku ini amat berguna kepada pentadbir dan guru-guru di sekolah kerana perbincangan tentang penerapan kemahiran memetingkah laku itu berupaya menurunkan masalah tingkah laku disiplin dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: