Wakaf Kesihatan di Istanbul

Product Code: 9789674126346
Availability: In Stock
Price:
RM25.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018. ISBN 9789674126346
  • (kulit lembut). 81 halaman
  • Nur Ainul Basyirah Alias & Ermy Azziaty Rozali

Wakaf merupakan satu bentuk kebajikan sosial dalam Islam yang diamalkan sejak zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a lagi. Amalan ini berkembang dan melalui pelbagai perubahan dari sudut hukum foqh dan aplikasinya baik di dalam kerajaan Umayyah, kerajaan ‘Abbasiyyah sehingga ia dilaksanakan dan menjadi satu budaya masyarakat dalam kerajaan ‘Utmaniyyah di Istanbul. Terdapat beberapa jenis wakaf yang biasa diamalkan dan salah satunya ialah wakaf kesihatan. Demi merialisasikan amalan ini sesuai dengan konsep kebajikan sosial, pemerintah pada ketika itu menubuhkan institusi dan kompleks wakaf untuk memudahkan rakyat menerima manfaat wakaf tersebut. Pelbagai bentuk institusi wakaf kesihatan yang ditubuhkan seperti hospital dan sekolah perubatan. Hal ini memperlihatkan keseriusan pemerintah dalam hal menjaga kesihatan rakyat dan pendidikan dalam aspek perubatan. Jika dilihat, hampir setiap abad telah wujudnya hospital dan tertubuhnya sekolah perubatan dalam pemerintahan kerajaan ‘Uthmaniyyah, tidak terkecuali di Istanbul iaitu pusat pentadbiran kerajaan tersebut selepas tahun 1453M. Buku ini menyorot sejarah umum berkaitan wakaf kesihatan dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah serta memfokuskan sejarah pembinaan hospital dan sekolah perubatan wakaf pertama di Istanbul, dana yang membiayainya dan sumbangan kepada masyarakat.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: