Ulama dan Perkembangan Islam di Sarawak dan Sabah (hard cover)

Product Code: 9789674126988
Availability: Out Of Stock
Price:
RM65.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018. ISBN 9789674126988
  • (kulit keras). 347 halaman
  • Farid Mat Zain & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad (sunt.)

 

‚ÄčPenulisan dan kajian mengenai Islam di Serawak dan Sabah masih belum banyak diketengahkan kepada masyarakat umum. Jesteru, buku ini merupakan suatu usaha awal untuk meneliti secara mendalam mengenai Islam dan perkembangan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut. Buku ini memberi tumpuan terhadap perbahasan mengenai peranan ulama dalam proses mengislammisasi penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai suku kaum. Mereka hidup secara berselerak di kawasan yang luas dengan bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dengan pelbagai kepercayaan. Ekoran itu, para ulama mengalami pelbagai masalah dan rintangan dalam proses pengislaman tersebut. Di samping itu, buku ini juga memberi tumpuan kepada peranan ulama dalam penyebaran ajaran Islam dan pendidikan Islam di kedua-dua negeri tersebut. Peranan yang dimainkan oleh para ulama yang beribawa yang meneruskan legasi perjuagan ulama Sarawak dan Sabah dalam meneruskan kesinambungan Islam walaupun diancam oleh penjajah Eropah khususnya British. Dengan usaha yang berterusan, para ulama mampu melahirkan generasi yang kental yang mampu bertahan walaupun berada di bawah pentadbiran British. Kegigihan para ulama membawa kepada kemunculan institusi Islam yang memberi sumbangan penting kepada masyarakat sehinggalah Serawak dan Sabah mencapai kemerdekaan melalui penyertaan dalam persekutuan Malaysua 1963. Dengan itu, para ulama Sarawak dan Sabah mampu menjadikan Islan semakin kukuh dan mantap dalam kalangan penduduk agar dapat meneruskan kelansungan Islam di kedua-dua negeri tersebut.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: