Keserasian Biologi daripada Modifikasi Plasma

Product Code: 9789674127053
Availability: In Stock
Price:
RM28.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018. ISBN 9789674127053
  • (kulit lembut). 105 halaman
  • Chen Tiam Foo, Chan Yuen Wah & Siow Kim Shyong

‚Äč

Teknologi plasma adalah teknologi platform yang merangkumi pelbagai bidang seperti perubatan, tekstil, makanan, getah, mikroelektronik, biobahan, dan sebagainya. Dalam bidang biobahan dan perubatan, teknologi plasma memodifikasikan permukaan substrat biobahan atau peranti supaya interaksi biologi seperti penjerapan protin, percambahan sel ataupun penghindaran bakteria/mikrob dapat dikawalkan melalui penstrukturan fizikal dan pengaktifan kimia pada permukaan substrat tersebut. Respon biologi, kimia dan fizikal menjadi teras penulisan buku ini untuk memahami kesan modifikasi plasma yang terdiri daripada rawatan plasma dan pempolimeran plasma. Namun begitu, dengan kestabilan hayat modifikasi plasma yang perlu difahami berdasarkan faktor seperti kawalan proses parameter dan pemilihan monometer yang sesuai. Oleh itu, bahagian pertama buku ini dikhaskan kepada monomer sebatian asli bernama karvon yang dimendapkan menghasilkan salutan antibekteria melalui pempolimeran plasma. Makanisma sebatian asli ini berlainan daripada tindakan antibiotik kimia yang terdapat di pasaran dalam menangani aktiviti bakteria atau mikrobial; sifat inilah dapat mengurangkan rintangan antibiotik dan menarik perhatian para penyelidik universiti dan penyelidikan industri peranti perubatan. Seterusnya, bahagian kedua pula menonjolkan kemampuan rawatan plasma untuk menyisip kumpulan kimia yang bioserasi di atas permukaan substrat poliuretana metakrilat (PUMA) dan Off-stoikiometri Tiol-Ena (OSTE) dengan menggunakan gas nitrogen dan argon sebagai monomer. Buku ini amat bermanafaat kepada semua pembaca dan kepada para penyelidik yang berminat dengan modifikasi plasma dan turut menyediakan bab khas yang menerangkan kaedah dan peralatan yang diperlukan untuk praktikal.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: