Kaedah Penyelidikan Sosial daripada Perspektif Islam (cet. 2)

Product Code: 9789674122164
Availability: In Stock
Price:
RM25.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018. ISBN 9789674122164
  • 150 halaman (kulit lembut)
  • Ahmad Munawar Ismail & Mohd. Nor Shahizan Ali

 

Penyelidikan adalah untuk menyelesaikan masalah. Pengetahuan, penguasaan dan kemahiran dalam kaedah penyelidikan membantu penyelidik melaksanakan penyelidikan dan menyelesaikan masalah penyelidikan dengan berkesan.  Ia juga sangat berkait rapat dengan mutu dan kualtii dapatan penyelidikan. Penyelidikan yang mematuhi prosedur kaedah penyelidikan akan menghasilkan dapatan yang jujur walaupun bukan satu penyelesaian yang bersifat muktamad. Ia juga akan menghasilkan kepuasan kepada diri penyelidik kerana dapatan penyelidikannya dapat memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara. Buku kaedah penyelidikan sains sosial daripada perspektif Islam ini adalah penyelarasan antara metode penyelidikan dalam pengajian Islam dengan metode penyelidikan sains sosial. Kandungan buku ini mengandungi aspek asas yang diperlukan dalam penyelidikan berkontekskan Islam dan masyarakat Islam di Malaysia. Perbezaan buku ini dnegan buku lain berkenaan metode penyelidikan adalah penumpuan kandungannya terhadap konsep-konsep asas penyelidikan Islam seperti epistemologi, falsafah dan akhlak dalam penyelidikan. Tumpuan juga diberikan kepada penerangan terhadap prosedur asas penyelidikan yang berkaitan dengan kaedah merujuk al-Quran dan hadis, rujukan terhadap ijtihad ulama melalui kitab turath mereka dan pembinaan kerangka teori dan kerangka konsep dalam penyelidikan berkontekskan Islam dan masyarakat Islam.   Selain itu, kaedah lazim dalam penyelidikan pengajian Islam juga turut diterangkan. Penyelidikan tindakan, pembangunan penyelidikan, metode kuantitatif, metode kualitatif, persampelan dan kesahan serta kebolehpercayaan dalam penyelidikan pengajian Islam diterangkan dan diolah dnegan bahasa yang mudah bersama contoh yang akrab dengan kajian berkaitan dengan masyakat Islam.   Buku ini juga diterbitkan sebagai bahan bacaan tambahan kepada penyelidik, pensyarah dan pelajar pengajian Islam yang mengambil kursus kaedah penyelidikan.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: