Pengintegrasian Semula Orang Dparol di Malaysia

Product Code: 9789672511564
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2020. ISBN 9789672511564
  • 151 halaman (kulit lembut) 
  • Kausalya Devi Sathoo, Fauziah Ibrahim & Wan Shahrazad Wan Sulaiman

‚Äč

Pengintegrasian semula Orang DiParol (ODP) ke dalam masyarakat semasa menjalani Perintah Parol dan setelah menamatkan hukuman pemenjaraan merupakan suatu proses yang kritikal. Kegagalan pengintegrasian semula ODP ke dalam masyarakat boleh mengakibatkan mereka terjebak semula dengan kegiatan jenayah berulang dan seterusnya menjejaskan keselamatan dan keharmonian masyarakat. Buku ini amat sesuai untuk kegunaan dan rujukan pelajar, ahli akademik, penggubal dasar dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk memahami isu yang dibincangkan dan seterusnya menyediakan perancangan pelan strategik jangka panjang ke arah menjayakan proses pengintegrasian semula ODP ke dalam masyarakat. Buku ini mengandungi lapan (8) bab yang merangkumi isu dan teori pengintegrasian semula, sejarah dan perbandingan Sistem Parol di Malaysia dan di luar negara, latarbelakang ODP dan faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian semula, kesihatan mental ODP serta strategi pengintegrasian semula ODP ke dalam masyarakat. Buku ini merupakan hasil kajian empirikal penyelidikan Doktor Falsafah yang berimpak tinggi. Input kajian boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada penemuan baharu bagi menyokong aspirasi dan agenda strategik negara untuk meningkatkan kadar pengintegrasian semula ODP dan seterusnya mengurangkan kadar pengulangan
semula jenayah dalam kalangan banduan.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: