Streptomyces Endofit Sebagai Penghasil Antibiotik

Product Code: 9789672429333
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2020. ISBN 9789672429333
  • 161 halaman (kulit lembut)
  • Noraziah Mohamad Zin, Siti Junaidah Ahmad & Juwairiah Remali

 

‚ÄčBuku Streptomyces Endofit Sebagai Penghasil Antibiotik ini adalah gabungan
penyelidikan dua orang pelajar peringkat sarjana daripada Kumpulan Penyelidikan
Novel Antibiotik UKM. Buku ini dikarang berdasarkan kajian mendalam penghasilan
antibiotik daripada sumber natural iaitu bakteria Streptomyces yang dipencilkan
dari tumbuhan. Bakteria Streptomyces merupakan bakteria dari kalangan famili
aktinobakteria yang telah dibuktikan penghasil antibiotik terbesar deawasa ini.
Kajian khusus dari aspek genomik dan metabolomik telah diperincikan di dalam
buku ini merangkumi aktiviti sebatian bioaktif daripada Streptomyces sp. terpilih
yang telah berupaya merencat pertumbuhan Staphylacoccus aureus rintang
methicillin (MRSA) secara in vitro. Kejayaan kumpulan penyelidikan ini di dalam
menghasilkan sebatian metabolit sekunder daripada penyelidikan hampir 15
tahun ini meneroka potensi bakteria endofit sebagai agen antiinfeksi dan
mengeksplorasi genetik telah dilakar di dalam buku ini. Selain itu juga, interaksi di
antara metabolit yang terhasil dan gen yang mengekod metabolit terbabit turut
direncanakan di dalam agenda buku ini. Projek penyelidikan ini adalah dibawah
tajaan dan naungan beberapa geran penyelidikan iaitu Geran Universiti
Penyelidikan FRGS dan juga ERGS. Antara lain, keistimewaan buku ini adalah ia
boleh dijadikan rujukan kepada individu yang ingin mendalami dan memahami
kebaikan bakteria Streptomyces endofit ini dalam menghasilkan dadah alternatif
baru yang boleh dieksplorasi melalui kejuruteraan genetik bagi penghasilan dadah
sintetik dari sumber natural.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: