Golongan LGBT dan Penyelewengan Tafsir

Product Code: 9789674128036
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2019. ISBN 9789674128036
  • (kulit lembut). 171 halaman 
  • Mohd Izwan Md Yusof, Muhd Najib Abdul Kadir & Mazlan Ibrahim

Buku ini merupakan sebahagian dari hasil kajian peringkat Doktor Falsafah menerusi tesis bertajuk Perspektif Komuniti Lesbian, Gay dan Transgender Muslim Di Malaysia Terhadap Perlakuan Homoseksual Dan Konsep Perkahwinan Di Dalam Al-Qur’an. Sebahagian daripada tesis tersebut telah disesuaikan sebagai sebuah buku yang dapat memberikan pencerahan berkenaan sikap sarjana Muslim terhadap isu LGBT. Golongan yang cenderung menyokong LGBT terdiri daripada pengkaji dan penulis Muslim di Barat. Justeru, buku ini menawarkan jalan keluar bagi mereka yang mahu memperbetulkan perspektif dan perlakuan LGBT tanpa berkompromi dengan teks Al-Qur’an yang jelas dan muktamad dengan pentafsiran yang tuntas dan jelas oleh para mufassirin yang muktabar. Selain itu, buku ini juga menampilkan dapatan penting berkenaan 3 golongan LGBT Muslim di dalam negara yang perlu ditangani dengan pendekatan yang bersesuaian. Seterusnya, buku ini merumuskan bahawa majoriti daripada komuniti LGBT Muslim yang ditemubual belum mempunyai kecenderungan untuk menjustifikasikan perlakuan LGBT dengan menyelewengkan pentafsiran ayat-ayat al-Qur’an sebagaimana yang dirintis oleh pengkaji dan penulis Muslim yang menyokong LGBT di Barat. Oleh itu, buku ini sesuai dimiliki dan berupaya menjadi panduan penting kepada ahli akademik, para pencinta ilmu, orang awam serta ibu bapa dalam usaha menangani isu LGBT di dalam negara dengan pendekatan yang tepat dan berhemah.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: