Methodologi Penyelidikan: Teori dan Praktis (cet. ke-2)

Product Code: 978-967-412-137-2
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-137-2
  • 240 halaman (kulit lembut)
  • Rozmi Ismail

 

Penyelidikan ialah seni mencari kebenaran dan aktiviti menghasilkan jawapan
kepada persoalan tertentu yang bertunjangkan kepada pendekatan saintifik dan sangat
mementingkan objektiviti. Buku ini ditulis bukan sahaja untuk pelajar yang menjurus
bidang sains tingkah laku, malah ia boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja
yang berminat untuk melakukan penyelidikan, menyediakan proposal penyelidikan,
menghasilkan tesis, laporan kertas kerja dan seumpamanya. Buku ini juga diterbitkan
atas kesedaran bahawa buku sebegini kurang di pasaran, terlalu bersifat teknikal dan
kebanyakannya kurang bersifat mesra pembaca. Kandungan buku ini digarap berasaskan
pendekatan teori dan praktis di samping banyak contoh kajian lepas yang dikemukakan
bertujuan memberi kefahaman dan panduan yang jelas kepada pembaca khususnya
mendalami proses yang perlu dilalui dalam proses penyelidikan. Buku ini menyentuh
tentang seni melakukan penyelidikan yang bermula daripada tahap merumuskan idea dan
persoalan kajian sehinggalah kepada proses melaporkan hasil kajian. Pelbagai contoh
yang dimuatkan dalam buku diambil daripada beberapa sumber sama ada daripada
tesis pelajar, laporan penyelidikan, dan artikel yang telah diterbitkan dalam jurnal yang
mampu memberi panduan berguna tentang kaedah menulis proposal yang baik, memilih
metode kajian yang sesuai dan panduan menganalisis data. Oleh itu, diharapkan buku
ini dapat membantu pencinta penyelidikan sama ada yang telah berkecimpung sepenuh
masa atau yang masih baru berjinak-jinak dalam alam penyelidikan.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: