Kiasan Kognitif dan Akal Budi Melayu

Product Code: 9789674126438
Availability: In Stock
Price:
RM40.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018. ISBN 9789674126438
  • (kulit lembut). 257 halaman 
  • Nor Hashimah Jalaluddin

‚Äč

Kajian mengenai bahasa kiasan seolah-olah tidak relevan dalam konteks hari ini. Namun falsafah di sebalik penggunaan objek dan maknanya telah menjadikan ia sangat menarik untuk dikaji khususnya peribahasa Melayu. Pencungkilan makna menggunakan kerangka teori yang terkini mampu menjelaskan hubungan makna dengan minda penutur Melayu, malah pada satu tahap lagi, iaitu akal budi Melayu. Seawal abad ke-19, peribahasa telah diakui oleh sarjana Barat sebagai cerminan akal budi masyarakat Melayu. Maka, tidak hairanlah sehingga pada hari ini, peribahasa tetap mendapat perhatian sarjana dalam dan luar negeri. Objek dalam peribahasa jelas diasaskan pada persekitran masyarakatnya. Flora dan fauna dapat dikaitkan dengan sikap, sifat dan pemikiran penuturnya. Walau bagaimanapun, kehebatan pribahasa terdapat juga pada domain kehidupan seperti seni bina, gastronomi, maritime, ekonomi, pendidikan dan banyak lagi. Keluwesan ungkapan pemikiran melalui peribahasa telah menjadikan ia subjek yang terus relevan untuk dikaji.

 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: